“Perlu Ke Buat Macam Tu…”

    135

    Sejak semalam, tular di media sosial satu video seorang gelandangan yang di dakwa diten dang oleh seorang individu sehingga tertunduk menahan sa kit. Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Krul Nizam dengan mengatakan kejadian tersebut dirakam sekitar 14 Januari 2022 jam 7 pagi di Bukit Bintang.

    Dalam video tersebut, dapat dilihat beberapa individu bertindak mengemas tempat tidur gelandangan itu yang sarat dengan sampah serta kotak-kotak alas tempat tidurnya. Dia yang cuba menahan barang-barang tersebut dikemas seakan cuba menghal ang namun secara tiba-tiba salah seorang daripada individu berkenaan menen dang perut gelandangan yang dipercayai warga emas itu.

    Walaupun ramai yang faham akan tindakan gelandangan itu sememangnya salah kerana tidur dan membuat kawasan tersebut bersepah, namun perilaku ka sar yang dilakukan ketika membersihkan tempat berkenaan agak keterl aluan.

    Hal ini membuatkan banyak pihak kurang senang dan mengecam tindakan kasar tersebut di ruangan komen Krul Nizam. Rata-rata meluahkan rasa marah kerana menganggap tindakan bia dap itu tidak harus dilakukan kerana gelandangan tersebut juga manusia biasa dan sudah pun berusia.

    Sepatutnya proses membersihkan kawasan tersebut dilakukan dengan cara yang lebih baik agar tidak menyakiti mana-mana pihak dengan sesuka hati.

    Sumber: Facebook Krul Nizam

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here