Ramai Pertama Kali Tengok, Rupanya Yassin Senario Ada Isteri yang Cantik Dan Anak Yang Comel!

    555

    Peminat terkejut pertama kali tengok, rupanya Yassin Senario ada isteri yang cantik dan anak perempuan yang comel. Selepas bertanding di pentas Gegar Vaganza 8, kemunculan Yassin Yahya dan Saiful Apek melalui kumpulan Sa.Ya menjadi bualan ramai. Mampu bertahan sehingga mingu kelapan, pertandingan nyanyian itu menaikkan kembali nama kedua-dua ahli kumpulan Senario itu.

    Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok sebuah video yang memaparkan kemunculan Yassin bersama seorang wanita dan kanak-kanak perempuan dipercayai isteri dan anaknya. Tanpa disangka-sangka dua insan istimewa dalam hidup pelawak itu turut terkena tempias viral.

    Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Warda Waheeda memaparkan Yassin muncul seketika bersama Farah Waheeda dan anak mereka bernama Warda. Setakat ini, video berkenaan meraih 1.5 juta tontonan dan 64,000 tanda suka. Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warga maya tidak menyangka selebriti berumur 44 tahun itu sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki anak yang comel.

    Terdahulu, Yassin menganggotai kumpulan Senario iaitu kumpulan lawak terkenal di Malaysia pada waktu dulu. Dia bagaimanapun terpaksa mengundurkan diri pada 10 Julai 2002 setelah kontraknya tamat. Bakat pelawak ini bukan calang-calang. Yassin dicalonkan sebanyak lima kali bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

    Bakatnya dicungkil daripada rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1999.

    Sumber: TikTok Warda Waheeda

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here