Ramai Tertanya2 Gambar Maryam Seorang Diri!

    624

    Tindakan usahawan Mawar Karim memuat naik dua posting di InstaStory semalam berkaitan dengan anak perempuannya, Wan Maryam pasti mengundang persoalan pengikutnya.

    Menerusi perkongsian tersebut, usahawan berusia 33 tahun itu seolah-olah menyifatkan bahawa percutian anaknya di LEGOLAND Malaysia, Johor tidak seindah seperti disangka.

    Berdasarkan sekeping foto dikongsi, kelihatan seorang kanak-kanak dipercayai anaknya yang berusia empat tahun itu berdiri di salah satu sudut secara berseorangan.

    “MasyaAllah Maryam. No words, no thoughts, no fears. No daughter and mother ever live apart, no matter what the distance between them,” tulis Mawar yang turut meletakkan tanda pagar.

    Malah, Mawar juga ada menulis ‘Social Media VS Reality / Real Life’ seolah-olah membandingkan kehidupan yang ditunjukkan di dalam media sosial dan realiti adalah berbeza.

    Selain itu, kakak kepada bekas suaminya Fizo Omar iaitu Wan Diana Omar turut berkongsi sekeping foto Maryam bersama dua kanak-kanak lain dipercayai ahli keluarga mereka berserta kapsyen berkaitan ‘ditinggalkan’.

    Sebelum ini, Fizo yang juga pelakon memuat naik beberapa posting gambar bersama isterinya Fazeera Nazri dan anaknya di laman Instagram sempena percutian di taman tema tersebut.

    Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara ini dan Mawar juga dipercayai sudah memadam InstaStory berkenaan tidak lama selepas itu.

    Sumber: Instagram Mawar Karim , Wan Diana Omar & Fizo Omar

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here