Ryzal Ibrahim Mahu Saman Netizen?

    312

    Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim bengang apabila seorang netizen meninggalkan komen pada sebuah posting meminta dia menjalani ujian DNA terhadap anak perempuannya Rina. Menerusi posting di InstaStory, Ryzal berkongsi tangkap layar individu tersebut yang mengatakan bahawa wajah bayi berusia tiga bulan itu tidak sama seperti personaliti tersebut.

    Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim berkata, mungkin kurang berkesan dari segi kesedaran jika dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Justeru, dia dipercayai bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang atas kenyataan negatif itu kerana sudah tentu menyinggung perasaannya sebagai seorang suami dan bapa.

    “Nak kira macam mana ya? Kalau lapor SKMM tak berkesan, kita hantar surat cinta peguam,” tulis personaliti berusia 29 tahun itu. Selain itu, Ryzal menyifatkan kenyataan tersebut adalah fitnah sekali gus cuba menjejaki lokasi individu berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

    “Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain, anak orang lain bukan anak saya. Tak perlu sembunyi nama, kami dapat URL profile sudah cukup untuk jejak lokasi,” tegasnya. Terdahulu, Ryzal berkahwin dengan wanita warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Maryam pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.

    Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here