Suami Heliza Helmi Jadi Perhatian Ramai!

    274

    Ramai nampaknya memulakan tahun baru 2022 dengan sesuatu yang cukup membahagiakan seperti melangsungkan pernikahan.

    Salah seorang daripadanya adalah selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi apabila melangsungkan pernikahan dengan Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Mahadi BZ.

    Hal tersebut telah dikongsikan photographer artis iaitu Aqoimran di Instagramnya sebentar tadi.

    Dalam perkongsian itu, Aqo telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada selebriti itu dan mendoakan agar hubungan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.

    Majlis pernikahan dilakukan secara ringkas di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

    Sehubungan dengan itu, Instagram Aqoimran telah dihujani dengan ucapan tahniah buat Nur Heliza Helmi bersama Dato’ Sri Mahadi yang sudah sah bergelar suami dan isteri.

    Mereka juga berasa terkejut namun tumpang gembira dengan khabar bahagia daripada aktivis kemanusiaan yang cukup gigih menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan baik dalam negara mahupun luar negara.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here