“Takkan Saya Nak Tinggalkan Maryam…”

    172

    Selepas didakwa mengabaikan anaknya ketika bercuti di Johor Bahru baru-baru ini, pelakon Fizo Omar memberikan respon berhubung kenyataan bekas isterinya yang juga usahawan, Mawar Karim. Menerusi laporan Kosmo! Online, Fizo berkata dakwaan membiarkan anaknya Wan Maryam seorang diri adalah tidak masuk akal apatah lagi lokasi itu sememangnya direka untuk kanak-kanak.

    “Maryam sangat rapat dengan saya, tidak logik jika saya sanggup tinggalkan dia seorang diri. Saya bawa anak ke taman tema tersebut yang sememangnya tempat kanak-kanak dan logik ke kalau nak tinggalkan dia seorang diri?

    “Kami pergi ke sana seramai tujuh orang dan masuk akal ke kalau dia dibiarkan seorang diri, manakala kami semua sibuk bermain?” kata pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar itu. Bagaimanapun, pelakon berusia 36 tahun itu tidak mahu membalas sebarang kenyataan daripada Mawar kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga menimbulkan lebih salah faham.

    Fizo berkata, dia sedar warganet di media sosial bercakap mengenai perkara tersebut namun berterima kasih atas pandangan serta nasihat yang diberikan. Saya maafkan dia dan mohon netizen tidak menghentam dan terus menghukum dia, mungkin kerana terlalu beremosi,” kongsinya.

    Malah, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu memaklumkan hubungan anaknya yang berusia lima tahun itu dengan isterinya Fazeera Nazri Aziz sangat rapat. Sebagai bapa, saya tidak akan abaikan anak sendiri sedangkan Maryam sangat rapat dengan saya. Saya nak ke tandas pun dia nak ikut saya. Dia juga sangat rapat dengan isteri saya, Fazeera Nazri Aziz yang dipanggil sebagai ummi.

    “Jadi benda ini pun memang tak maksud akal dan itu pandangan dia, apapun janganlah terus menghe.ntam dia,” ujarnya. Terdahulu, isu berlaku selepas Mawar memuat naik sekeping foto di InstaStory yang diterima daripada seorang individu memaparkan Maryam berdiri bersendirian di lokasi percutian tersebut.

    Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali) , Instagram Fizo Omar

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here