Turun berat 10kg, isteri Shuk Sahar dipuji makin cantik!

    332

    Meskipun hubungan rumah tangga belum menemui noktahnya, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah terus pandang ke hadapan demi meneruskan kehidupan.

    Terbaharu, penampilan wanita yang mesra dipanggil Sera itu mencuri tumpuan pengikutnya di laman Instagram apabila memuat naik dua video mempromosikan satu produk.

    Menurut Sera, dia berjaya menurunkan berat badan lebih 10 kilogram (kg) sekali gus seolah-olah tidak percaya dirinya kini boleh tampil dengan lebih yakin dan cantik di khalayak ramai.

    Dipandang rendah, penat kena ejek. Jangan berharap pada orang, sekarang alhamdulillah dah turun lebih 10 kg,” katanya.

    Menerusi salah satu video dikongsi, wanita berusia 30 tahun itu membuat perbandingan fizikalnya melalui foto sebelum dan selepas menggunakan produk tersebut.

    Nampak perbezaan agak ketara, warganet tidak lupa meninggalkan pelbagai komen di kedua-dua posting berkenaan memuji penampilan Sera yang semakin cantik dan menawan.

    Malah, terdapat juga segelintir mengaitkan imej itu dengan kebangkitan semangatnya selepas melalui banyak episod duka dalam membawa status sebagai isteri.

    Terdahulu, Sera mendedahkan dia sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya selain mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian selepas pelawak itu didakwa beberapa kali berlaku curng.

    Sumber: Instagram Rossa Sera

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here