Wanita Cetak Muka Rakan Culas Bayar Hutang Di Buku Yassin, Edar Kepada Keluarganya

    964

    Berdepan dengan rakan mahupun orang terdekat yang enggan membayar hutang ini memang menyakitkan hati. Niat kita cuma mahu membantu tapi kita pula dianiaya mereka! Geram bukan? Lebih menyakitkan hati, panggilan telefon tak diangkat dan disekat di Whatsapp.

    Tular di Indonesia, di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Jeanis Dealova menggunakan cara yang agak ‘extreme’ untuk meminta kembali duit yang dipinjam oleh rakannya. Akibat terlalu penat dengan helah si penghutang, dia telah mencetak buku surah Yasin dengan meletakkan gambar penghutang di muka hadapan buku tersebut. Gambar buku Yasin itu telah dimuat naik di Facebook berserta kapsyen bagi meminta orang ramai yang mengenali penghutang itu untuk mengembalikan wangnya.

    Wanita itu juga turut mengirimkan buku Yasin tersebut kepada keluarga si penghutang bagi mendapatkan wangnya kembali. Namun, penghutang tersebut dipercayai meminjam duit kawannya kerana ingin membayar kos rawatan adiknya. Walau bagaimanapun, bila tiba waktu yang telah dijanjikan untuk membayar hutang, dia tidak membayar hutang malah menghilangkan diri. Jeanis juga mendakwa penghutang tersebut telah ‘block’ dirinya di semua media sosial.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here