28 Tahun Setia Berkhidmat Di Stesen Minyak, Majikan Hadiahkan Pakej Umrah!

    134

    Siapa sangka khidmat yang diberikan oleh seorang wanita selama 28 tahun bekerja di sebuah stesen minyak dibalas dengan hadiah pakej umrah oleh majikan sebagai tanda penghargaan.

    Menerusi perkongsian pengguna Tiktok @siti5847, dipercayai pemilik sebuah stesen minyak, dia menghadiahkan pakej ibadah umrah kepada pekerja yang dikenali sebagai Sapuan, 59 tahun yang telah berbakti selama 28 tahun di sebuah stesen minyak di Pendang, Kedah.

    Dalam video tersebut, dikongsikan foto-foto Sapuan bersama beberapa individu lain di dalam pesawat, dan beberapa lokasi lain di Makkah. Staf paling lagenda di stesen minyak Petronas Pendang. Long Servis Reward (Anugerah Pekerja Paling Lama Berkhidmat) ‘Pakej Umrah’ kepada beliau.

    Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi positif netizen yang memuji majikan terbabit kerana menghargai pekerja yang setia, selain ada yang mengakui sudah lama mengenali makcik Sapian, dan berkata wanita itu telah bertugas di stesen minyak berkenaan sejak tahun 1992 lagi.

    Sumber: Tiktok

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here