‘Dinner’ Haqiem Rusli Dengan Isteri Jadi Perhatian Ramai!

    207

    Masih lagi dalam mood pengantin baru, penyanyi terkenal, Haqiem Rusli dan isterinya, Anis Sofea, 20 dilihat tidak lokek berkongsi momen-momen bahagia mereka kepada para peminat di media sosial. Umum sedia tahu bahawa pasangan ini jarang menunjukkan kemesraan mereka sebelum berumah tangga dahulu dan Haqiem sendiri memaklumkan bakal berkahwin seminggu sebelum majlis.

    Jadi, kejutan yang dibuat oleh penyanyi tersebut buat isteri tercinta pada hari lahir wanita itu telah menarik perhatian ramai dan menyerlahkan sisi romantis pelantun lagu Tergantung Sepi berkenaan.

    Dalam suasana yang hanya diterangi cahaya lilin, mereka berdua telah makan malam bersama dalam keadaan cukup romantis. Terlihat juga tulisan “I love You Sofea” yang dibuat menggunakan kelopak bunga mawar menghiasi meja makan mereka.

    Sehubungan dengan perkongsian tersebut, video ringkas makan malam mereka telah menerima pelbagai komen positif dengan rata-rata memuji cara Haqiem meraikan hari lahir isterinya dengan cukup romantis. Tak hanya itu, mereka turut mendoakan agar pasangan muda ini terus bahagia hingga ke Jannah dan mengucapkan selamat hari lahir buat Anis Sofea.

    Sumber: Instagram Haqiem Rusli

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here