“Itu Rezeki Saya..” Iqbal Cabarr Juri Buang Dia Minggu Depan!

    251

    Nampaknya usahawan dan peserta Big Stage musim ke-4, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27 masih lagi menjadi bualan selepas penampilannya di pentas program tersebut tempoh hari. Nyanyiannya yang boleh dikategorikan sebagai teruk telah dikritik hebat netizen dan membuatkan barisan juri profesional tempoh hari pening kepala untuk memberikan markah.

    Susulan daripada kecam4n yang tidak henti-henti, dia seakan sudah tidak tahan dan mencabar barisan juri untuk menyingkirkannya minggu hadapan. Hal ini disuarakan sendiri Iqbal dalam satu temubual bersama Mstar apabila menyedari yang dia merupakan peserta paling teruk untuk musim ini.

    “Mungkin saya peserta paling teruk sepanjang empat musim, tapi bagi saya tak mengapalah. Buang je la kalau saya tak layak. Kalau saya tak layak tak mengapa, saya okey je. Saya adalah usahawan dan bukannya penyanyi sebenar. Jadi jangan bandingkan saya sebagai penyanyi dalam situasi ni,” katanya. Ditanya perihal pandangan orang ramai yang mengatakan dia menutup periuk nasi penyanyi lain susulan layak berentap dengan peserta-peserta hebat di pentas Big Stage, Iqbal hanya menganggap apa yang diberikan adalah rezekinya.

    “Kenapa saya terpilih? Itu adalah rezeki saya, kena terima hakikat itu. Bagi sesiapa yang nak sertai, pandai-pandai la marketing diri sendiri dan cari peluang selain jaga attitude untuk orang panggil (sertai Big Stage). Jangan pertikaikan saya, fikir untuk diri sendiri. Jangan ada sikap nak nafikan rezeki orang,” jelasnya

    Tambah Iqbal, pada tahap ini dia berharap agar peminat industri muzik tidak salah faham dengan mendakwa dia menerima tawaran menyertai Big Stage demi mencari publisiti. Ini bukan tempat saya mencari publisiti, tolong jangan salah faham,” ujarnya lagi.

    Terdahulu, pemuda berasal dari Kelantan itu telah membuat kejutan susulan menjadi peserta program Big Stage 4 sehingga mendapat kecaman ramai kerana nyanyiannya yang agak ‘kelaut’. Pihak juri turut sukar memberikan markah dan hanya mendapat 5% sahaja markah dari Ajai dan menduduki tangga kedua tercorot di minggu pengenalan tempoh hari.

    Sumber: Mstar (Amin Hazlan)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here