Lelaki Bersandiing ‘Bertemankan’ Laptop, Raih Perhatian Ramai!

    151

    Ketika ini, ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga serta melakukan majlis persandingan. Walaupun kes positif harian Covid-19 masih tinggi, ia bukanlah penghalang untuk kita mengadakan majlis keramaian asalkan tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

    Namun, sejak kebelakangan ini ramai individu di sekeliling kita telah positif varian Omicron walaupun tidak mempunyai sebarang simptom. Kadang kala kita sendiri tidak tahu siapa yang menjadi pembawa kepada wabak tersebut. Hal ini samalah seperti perkongsian satu akaun TikTok yang dikenali sebagai @kakleeha apabila memuat naik video seorang pengantin lelaki yang bersanding sendirian bertemankan sebuah laptop di atas pelamin kerana isterinya dis4hkan positif Covid-19.

    Menerusi video yang dimuat naik oleh @kakleeha, dapat dilihat yang pengantin perempuan lengkap berpakaian songket hanya mampu berada di skrin laptop sahaja kerana sedang menjalani kuarantin kendiri. Dalam video itu lagi, para tetamu dan jurukamera tetap mengambil gambar pengantin lelaki dan isterinya yang sedang berada di atas talian bagi mengabadikan momen istimewa itu.

    Walau bagaimanapun, majlis persandingan tersebut tetap berjalan dengan lancar dan pasangan pengantin kelihatan red4 dengan ujian yang dihadapi oleh mereka. Namun begitu, akaun TikTok yang memuat naik video tersebut telah meletakkan ruangan komen kepada mo0d privasi. Jadi, tiada sebarang respon daripada netizen dapat dibaca ketika ini. Semoga pengantin perempuan yang sedang berjuang menghabiskan tempoh kuarantin segera pulih dan selamat pengantin baru diucapkan kepada mereka.

    Sumber: TikTok @kakleeha

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here