Lelaki Ini Dedah Rahsia Di Belakang Resit ATM Yang Ramai Tak Tahu!

    418

    Setiap kali pergi ke ATM untuk keluarkan duit, pasti kita akan terus membunag resit ke dalam tong sampah bahkan ada juga yang jenis tak nak keluarkan resit seletah selesai sesi pengeluaran wang tersebut. Namun siapa sangka sebenarnya ada satu ‘rahsia’ yang Maybank letak pada belakang resit ATM ramai yang tak tahu. Kalau betul-betul teliti, pasti akan perasan ‘rahsia’ ini.

    Sama seperti yang ditunjukkan dalam video Tiktok seorang perunding kewangan yang dikenali sebagai Irfarhan Husin memberitahu tentang satu maklumat yang tertera di belakang resit ATM Maybank yang mungkin ramai di antara kita terlepas pandang. Dapat kita lihat, pada belakang resit tersebut tertera satu maklumat ringkas untuk permohonan pembelian saham Initial Public Offerinh (IPO) atau saham terbitan awam.

    Ketika artikel ini ditulis, video jtersebut telah meraih 33k tanda suka, 302 komen dan 3197 perkongsian di applikasi TikTok. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen baru menyedari perkara tersebut malah ada juga yang sudah bertahun-tahun menggunakan mesin ATM namun tidak menyedari akan permohonan pembelian saham Initial Public Offerinh (IPO) di belakang resit tersebut. Dalam masa yang sama, ramai juga yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang saham Initial Public Offering (IPO) atau saham terbitan awam tersebut.

    IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering yang mana apabila syarikat persendirian menjual saham pertama kali milik syarikatnya kepada orang awam, contohnya sebuah syarikat Sendirian Berhad membuka peluang kepada orang awam untuk memiliki saham syarikat mereka sekaligus memaparkan dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Saham Malaysia. Orang awam tidak boleh memiliki saham mana-mana syarikat melainkan syarikat itu yang membuka peluang dalam kepada orang awam, iaitu siapa sahaja boleh memiliki pegangan saham yang dipanggil IPO.

    Kebanyakan pelabur akan melihat peluang itu apabila saham syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia. Secara ringkasnya mana-mana syarikat persendirian boleh membuka peluang kepada orang awam untuk mendapatkan modal tambahan dengan lebih cepat dan pada masa yang sama pelabur juga berpeluang untuk menikmati pemilikan syarikat yang diingini.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here