Lelaki ‘Pergi’ Ketika Solat Dhuha, Jadi Perhatian Ramai!

    111

    Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita kematian seorang individu dipercayai pengurus kanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meninggal dunia ketika solat sunat Dhuha. Apa yang meruntun hati, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan pergi ke Ilahi dalam keadaan sujud. Demikianlah satu-satunya cara kematian yang paling diidamkan oleh kebanyakan Muslim.

    Seperti yang kita faham, kematian dalam keadaan baik seperti arwah itu disebut sebagai Husnul Khatimah atau terjemahannya, pengakhiran yang baik. Siapalah yang tidak mahu menghadap Allah ketika beribadah, kan? Justeru, apakah sebenarnya tanda-tanda kematian yang baik? Adakah hanya sekadar meninggal dunia ketika solat sahaja? Atau turut berkaitan dengan perkara-perkara lain yang bukan melibatkan ibada]4h?

    Bagi merungkai persoalan ini, mari kita ikuti penjelasan tanda-tanda kematian Husnul Khatimah seperti yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini. Semoga bermanfaat!

    SOALAN: Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya, apakah tanda-tanda untuk kita mengenali bahawa seseorang itu mati dalam keadaan husnul khatimah? Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

    Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, sepertimana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran: الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ: Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

    (Surah al-Mulk: 2): Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya, firman Allah SWT:

    إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا: Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.

    (Surah al-Nisa’: 48): Justeru, antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ: Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. Hadith riwayat Abu Daud: (3316)

    Tanda-tanda lain mengikut masa, tempat & keadaan. Selain itu, terdapat tanda-tanda lain bagi kematian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada dari sudut masa, tempat dan keadaan.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here