Malaysia Tangisii Pemergian Rayan!

    290

    Sejak semalam, nama Rayan telah trending di media sosial terutamanya laman Twitter apabila kisah seorang kanak-kanak asal Maghribi berusia 5 tahun yang terjatuh ke dalam perigi yang berkedalaman 32 meter.

    Operasi menyelam4t telah berlangsung selama 100 jam dan selepas 5 hari berada di bawah perigi, Rayan berjaya di bawa keluar malam tadi waktu Malaysia.

    Namun, menerusi laporan dari Astro Awani mengambil sumber dari media tempatan, usaha yang dilakukan tidak dapat menyangkali kekuasaan Allah S.W.T apabila pihak Istana Diraja Maghribi memaklumkan yang Rayan Awran telah meninggal dunia.

    Media sosial Malaysia juga telah trending dengan nama Rayan apabila kebanyakan mereka menz4hirkan rasa dukacita susulan pemergian kanak-kanak tersebut.

    Mana tidaknya, hampir seluruh dunia mengikuti perkembangan misi menyelamat kanak-kanak berkenaan yang telah disiarkan secara langsung setelah pihak penyelamat berjaya mengesan keberadaan Rayan.

    Untuk makluman, kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam.

    Pada awalnya, Rayan telah mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan kawasan rumah. Ketika bapanya menyelesaikan kerja, dia mendapati kanak-kanak tersebut tiada.

    Setelah puas mencari, dia menyedari anaknya telah terjatuh ke dalam perigi berukuran 25 sentimeter dengan kedalaman 30 meter ke bawah lalu segera mendapatkan pertolongan. Air dan oksigen telah dibekalkan ke bawah bagi memastikan kanak-kanak tersebut dapat bertahan sementara misi menyelamat dijalankan. Namun, Allah lebih menyayanginya dan khabar pemergian Rayan Awran telah ditangisi jutaan orang.

    Sumber: Astro Awani, Twitter, Twitter @aljazeeraenglish

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here