“Mana Ibu…”

    214

    Meskipun sudah 24 jam berlalu, warganet masih mengenang kejadian menimp4 seorang ibu dan bayi lelakinya yang terbabit kemal4ngan dua motosikal di Kampung Lumpur, Pasir Mas semalam.

    Mangsa ibu hamil, Nur Hasliza Abdul Yazaib m4ut di tempat kejadian manakala bayi yang terkeluar daripada kandung4n dis4hkan meningg4l dunia di hospital selepas lima jam bert4rung nyaw4. Menurut laporan Harian Metro, jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan di dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Stol jam 10.30 pagi tadi.

    Suami mangsa Mohd Khairi Hasbullah berkata, dia bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenaz4h. Alhamdulillah, pusar4 mereka tidak jauh dari rumah kami, hanya 500 meter sahaja, mudah untuk saya menziarahi kubur mereka,” kata bapa tungg4l kepada tiga anak itu.

    Bagaimanapun, Mohd Khairi masih bimbang memikirkan keadaan anak keduanya Nurul Iman Maisara yang masih diraw4t di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Kanak-kanak berusia enam tahun itu turut membonceng motosikal ibunya sekali gus mengalami kecedera4n par4h di kepala, muka dan tang4n.

    Sementara itu, kakak Mohd Khairi yang dikenali sebagai Mastura memuat naik satu posting memaklumkan bahawa anak ketiga mangs4 masih belum memahami apa yang berlaku. Lebih memilvkan apabila kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu masih mencari kelibat ibunya yang sudah pasti merasai kehilang4n kasih sayang seorang ibu.

    Selain arw4h Nur Hasliza dan bayinya, seorang lagi penunggang motosikal Muhamad Shakim Muhamad Zaki, 18, turut dilaporkan meningg4l dunia.

    Sumber: Harian Metro (Syaherah Mustafa) , Facebook Mastura Mahadi

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here