Neelofa Kongsi ‘Momen’ Kelahiraan Muhammad Bilal, Ramai Yang Teruja!

    158

    Umum sedia tahun, selebriti terkenal, Noor Neelofa baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari 2022. Kelahiran putera sulung dari pasangan Neelofa dan Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 27 sangat dinantikan ramai memandangkan kedua-duanya merupakan public figure.

    Selepas beberapa hari menjalani proses berpantang, Neelofa nampaknya berkelapangan untuk berkongsi momen-momen ketika cahaya mata pertamanya, Muhammad Bilal bin Muhammad Haris bakal dilahirkan.

    Menurutnya, pada awal contraction dirasakan, dia mengandaikan sakitnya seperti senggugut yang biasa dialami sebelum ini. Jadi, setelah suaminya pulang dari kerja, dia terus memaklumkan. Walau bagaimanapun, ketika sudah berada di wad bersalin, dia masih lagi keliru sama ada betul atau tidak yang dirinya bakal bersalin tidak lama lagi.

    PU Riz juga mengambil kesempatan untuk solat sebentar sementara isterinya menahan contraction sebelum melahirkan kira-kira 14 jam sebelum selamat bersalin pada 3.44 petang. Neelofa juga memaklumkan yang dia sering melihat monitor untuk mengetahui kondisi bayi dalam kandungan sementara menunggu bukaan. Melalui IG story selebriti itu lagi, dia ada berkongsi gambar suaminya setelah bergelar bapa yang duduk di tikar sejadah sambil berzikir.

    Dalam pada itu, bekas pengacara Meletop ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada suami tersayang kerana sentiasa ada bersama lebih-lebih lagi sepanjang 5 hari berada di hospital. Menurutnya, sepanjang hampir setahun selepas berkahwin, momen itu adalah yang paling indah sejak bergelar suami isteri.

    Neelofa juga mengambil peluang memberi penghargaan kepada doktor yang mengambil tanggungjawab membantunya ketika proses bersalin tempoh hari.

    Untuk makluman, Neelofa dan PU Riz telah melangsungkan pernikahan pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Setelah beberapa bulan bergelar suami isteri, ada khabar angin mengatakan selebriti tersebut berbadan dua namun tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari mereka.

    Namun, setelah memasuki trimester kedua, Neelofa dan Haris sama-sama memohon agar para peminat dapat mendoakan kesejahteraan mereka lebih-lebih lagi apabila melihat perubahan dalam penampilan selebriti berkenaan.

    Sumber: Instagram Neelofa

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here