Neelofa Muat Naik Foto, Ramai Yang Tak Sabar Nak Tengok Muhammad Bilal!

    253

    Umum mengetahui usahawan dan selebriti popular, Neelofa selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 29 Januari lalu sekali gus memulakan fasa kehidupan sebagai ibu. Sedar rutin harian menjadi semakin mencabar, selebriti berusia 33 tahun itu berharap proses menjaga dan membesarkan bayi lelaki diberi nama Muhammad Bilal itu akan dipermudahkan kelak.

    “Moga Allah mudahkan rutin baru semua para ibu yang baru melahirkan,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu menerusi InstaStory dengan berlatarkan foto katil bayi, awal pagi tadi. Semalam, suami Neelofa yang juga pendakwah bebas Haris Ismail memaklumkan isterinya kini sedang berehat selain mengucapkan terima kasih di atas doa orang ramai.

    “Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata,” kata Haris.

    Sementara itu, Neelofa mengakui baru mempunyai masa terluang untuk membalas semua ucapan serta menghargai setiap kata-kata dititipkan oleh kenalan dan peminat. Neelofa atau nama penuhnya Neelofa Mohd Noor dan Haris melangsungkan pernikahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

    Rata-rata ramai yang masih lagi menunggu dan tidak sabar untuk melihat wajah Muhammad Bilal. Ramai yang teruja bila tahu yang Neelofa dah melahirkan baru-baru ini.

    Sumber: Instagram Neelofa

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here