Orang Ramai Berpusu2 Turun Keluar Rumah, Lepas Rasa Gegaran Kuat…

    137

    Susulan kejadian gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatra, Indonesia mernyebabkan gegaran terasa hingga di Semenanjung Malaysia.

    Berdasarkan foto dan video yang dikongsikan di laman media sosial menunjukkan gegaran turut dirasai di ibu kota Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain mengakibatkan orang ramai yang berada di bangunan tinggi di kawasan tersebut panik dan berlari keluar.

    Laporan Bernama memaklumkan, semua kakitangan di empat kementerian termasuk KKMM di Presint 4 Putrajaya diarahkan mengosongkan bangunan susulan gegaran yang berlaku kira-kira pukul 9.41 pagi tadi.

    Gegaran dapat dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) memaklumakan gempa itu tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami.

    Sumber: Facebook, TikTok, Instagram

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here