Rumah Dah Ada Pembeli, Syuk Sahar Ingin Bayar Kad Kredit & LHDN!

    339

    Baru-baru ini, menerusi live di TikTok pelawak terkenal, Shuk Sahar, 36 telah memaklumkan mahu menjual rumah banglo miliknya di Denai Alam bagi meneruskan kehidupan. Dia yang masih dihimpit kontroversi berhubung isu curang terhadap isteri bercadang mahu menjual rumah tersebut dengan nilai RM1.2 juta. Oleh itu, dia meminta sesiapa yang berminat boleh menghubungi ejen yang mewakili dirinya.

    Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, Shuk memberitahu yang rumah tersebut sudahpun mempunyai pembeli. Wang pendahuluan juga sudah dibayar setelah pembeli tersebut memaklumkan berminat untuk mendapatkan rumah banglo itu. Alhamdulillah, rumah saya sudah ada pembeli dan bayar wang pendahuluan,” ujarnya.

    Walaupun tidak menyatakan secara penuh mengapa dia mahu menjual rumah itu, Shuk tetap menjawab sama seperti live di TikTok tempoh hari iaitu memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan.

    “Kalau boleh saya malas nak komen panjang. Macam saya cakap pada sesi siaran langsung di TikTok, saya perlukan wang dan ingin buat sesuatu yang baharu. Saya memang sayang nak jual rumah itu, tapi saya takut tak mampu nak tanggung komitmen. Jadi, keputusan nak jual adalah jalan terbaik. Individu yang nak membeli sudah letak wang pendahuluan. Dia menghubungi ejen yang dilantik bagi urusan jual beli ini,” jelas Shuk.

    Selain itu, dia memaklumkan yang duit daripada hasil penjualan rumah tersebut akan digunakan untuk membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan hutang kad kredit walaupun mengakui masih menyayangi rumah tersebut. Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN,” katanya.

    Ditanya perihal kerjaya seninya yang kian ‘redup’, Shuk mengatakan yang dia masih mahu ada dalam industri hiburan dan berharap agar kembali diterima semula. Saya harapkan kalau ada peluang dalam industri lagi, saya masih nak bekerja. Siapa yang tak nak kerja kan?” jelasnya. Terdahulu, video luahan Shuk Sahar telah tular di media sosial susulan mengaku curang terhadap isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkali-kali dengan wanita yang sama sehingga rumah tangga mereka bergoncang.

    Tak hanya itu, dia juga memaklumkan sepanjang berlaku curang, dia sama sekali tidak berasa bahagia dengan apa yang dilakukan dan menasihati orang lain supaya janganlah melakukan perbuatan tersebut.

    Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here