“Selalu Ada Lebaam..” Wanita Kongsi Kisah Seramm Sewa Rumah 2 Tingkat!

    365

    Pasti anda pernah terdengar kisah-kisah seram yang melibatkan rumah yang disewa kan? Setiap rumah sewa selalunya mempunyai kisahnya tersendiri. Orang kata kalau terdengar bunyi-bunyi pelik atau terbau sesuatu yang tidak menyenangkan, jangan tegur. Ada masanya ‘benda tu’ saja nak uji kita.

    Bukan apa, kadang-kadang rumah sewa ini bukannya rumah baharu. Jadi, secara logiknya bukan kita sahaja yang tinggal di rumah itu. Kita sendiri pun tak tahu siapakah penghuni sebelumnya. Salah seorang warga Group Kelab Cerita Hantu Malaysia di Facebook, Azura Che Adnan ada berkongsikan pengalaman seram dia dan suami ketika menghuni sebuah rumah dua tingkat yang cukup seram di sebuah negeri di utara tanah air.

    Oleh itu, mari kita hayati perkongsian kisah seram Azura Che Adnan dalam Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM) seperti di bawah ini. Selalu Dengar Bunyi Anjing Menyalak, Wanita Kongsi Pengalaman Sewa Rumah Berhantu. Assalamualaikum & salam sejahtera warga KCHM semua. Aku harap korang semua sihat ye. Rasa macam lama dah aku tak kongsi cerita. Kali ni cerita aku agak panjang. Bertabahlah dan semoga terhibur. Terima kasih juga pada admin sebab approve lagi cerita aku.

    Kisah ni bermula masa aku dan suami bergelar pengantin baru. Kami kahwin simple. Majlis kenduri pun buat yang wajib je. Honeymoon pun takde. Nawaitu kami masa tu cuma nak senangkan hati mak bapak je dulu. Tak nak orang tua kami risau. Yelah, diorang kan suka pikir macam-macam. Walaupun dah jadi suami isteri, kami masih tinggal berasingan. Kami tak sempat nak cari rumah lagi masa tu. Kat Penang ni kalau nak sewa rumah kebanyakannya mesti melalui agent. Mesti kena tetak la dengan deposit itu ini dan agent fee bagai. Boleh cecah RM2000 lebih utk masuk rumah sahaja.

    Fikir punya fikir, kami ambil keputusan untuk cari bilik sewa je dulu. Sementara tu boleh kumpul duit untuk sewa rumah nanti. For the next few weeks, kami pun gigih cari bilik sewa yang boleh terima couple. Ambil masa 2 minggu juga untuk dapatkan bilik. Petang lepas kerja kami pergi tengok rumah yang terletak di Jalan ****h, Tanjung *****g.

    Kami jumpa owner rumah, aku panggil Madam untuk bincang pasal sewa dan bayar deposit sekali. Rumah Semi-D 2 tingkat jenis lama. Suasana rumah tu agak suram. Mungkin sebab dekat laman rumah banyak pokok rimbun. Depan rumah ada porch. Terus-terang cakap, feel tak berapa best la rumah ni. Tapi, desperate times call for desperate measures. Kami redha je masa tu.

    Rumah besar 2 tingkat, ada 3 bilik di tingkat atas. Kami pilih bilik paling kecil dengan sewa RM300 sebulan. Bilik tu dah cukup besar untuk kami berdua. Kira muat masuk queen bed dan sofa 2 seater. Bilik dah siap ada build in wardrobe dan kabinet kecik. Itu je perabot kami masa tu. Aku cerita serba sikit pasal rumah ni. Tingkat bawah Madam dah convert jadi kelas tuisyen. Madam ni bekas cikgu dan dia mengajar tuisyen je. Ruang bawah ada kerusi meja, whiteboard dan rak buku. Ada juga mini pantry dan tandas. Ada 1 pintu untuk pergi belakang rumah. Dekat belakang ada bilik store dan bilik maid. Tingkat atas pula ada 3 bilik tidur dan 1 bilik mandi.

    Awal bulan Julai kami pun pindah masuk ke bilik tu. Madam ingatkan kami, kereta tak boleh park dekat porch sebab budak-budak nak datang tuisyen. Tuisyen pula ada 2 sesi, 9 pagi – 11 pagi dan 4 petang – 7 malam. Hari Rabu sampai Sabtu. Kebersihan kena jaga dan tak boleh buat bising. Dah macam budak sekolah dah. Oh ya, rumah besar tu kami dua orang je ye penghuninya. Madam ada rumah lain. Yes! Akhirnya, kami dah boleh duduk sekali sebagai suami isteri. The End. No guys, cerita baru nak mula…

    Hari pertama duduk rumah. Aku terjaga pagi tu sebab terhidu bau taik anjing. Bau yang kuat amat macam anjing berak dalam bilik. Aku bangun pelan-pelan, tutup tingkap dan tidur balik. Tetiba, Hubby bangun marah-marah, “Apa yang busuk sangat ni!”. Dia capai Ambi Pure dan spray semahu-mahunya. Aku tercengang, tak tau nak cakap apa. “Awak ada bau dak?”. Hubby tanya. Aku angguk je. Lepas tu kami tak jadi nak sambung tido. Bangun dan bersiap untuk keluar cari sarapan. Kami cuti, hari minggu. Walaupun ada insiden pelik pagi tu, suasana pagi di rumah tu sangat nyaman. Sejuk, udara segar dan burung-burung berkicauan. Nice sangat. Mungkin sebab kawasan Jalan ****h tu jauh dari jalan besar. Memang sunyi.

    Aktiviti hari tu semestinya mencuci dan mengemas. Bilik berhabuk macam dah lama kosong. Bilik air pun kami cuci sebersih mungkin. Lepas Asar baru siap semua. Hubby tak lupa untuk pagar bilik tu empat penjuru. Ada kemungkinan bilik tu pun dah lama kosong. Lepas solat Maghrib, kami keluar pergi makan. Masa tunggu makanan sampai, aku bertanya pada Hubby.

    “B, nape pagi tadi ada bau taik? Macam pelik la”. Dengan muka takde perasaan Hubby jawab “Ntah. Menatang tu nak sambut kita kut. Pagi-pagi dah makan taik”. Maksudnya, kami perlu beringat yang sememangnya ada ‘penghuni’ lain di rumah tu. Damn! Lebih kurang pukul 10pm kami sampai depan rumah. Suasana malam amat berbeza dengan suasana pagi. Satu ayat. Horror gila! Siap dengan anjing salak sahut menyahut. Sunyi tahap keramat weh! Sebiji kereta pun tak nampak. Jiran tetangga apa tah lagi! Nasib baik lampu porch tu ada timer on/off. Jadi, tak la gelap gelemat. Kami cepat-cepat masuk rumah. Dalam rumah pun boleh tahan gelap, samar-samar lampu porch je. Menggagau jugak nak naik tangga. Malam tu kami tidur awal sebab penat mengemas bilik. Sambil mata nak lelap, masih kedengaran bunyi anjing menyalak. Jam dah dekat pukul 12, tak penat ke anjing-anjing ni..

    Hari kelima. Typical weekday. Kami masing-masing kalut bersiap nak pergi kerja. Lepas salam dan cium dahi semua, kami gerak pergi kerja. Kami drive kereta masing-masing. Dalam kesibukan bekerja, aku terasa betis kanan sakit berdenyut. Aku ni jenis malas nak amik port, mungkin sebab banyak berdiri kut. Petang tu sebelum balik rumah aku tapau nasik bungkus siap-siap untuk makan malam nanti.

    Aku sampai rumah dulu. Masa tu lebih kurang pukul 6.45pm. Aku nampak budak-budak tuisyen ada lagi. Aku parking kereta dan masuk rumah, terus naik atas ke bilik. Hampir pukul 7.30pm baru Hubby sampai. Cepat-cepat dia mandi untuk solat maghrib bersama. Selesai solat, aku siapkan makan malam. Kami makan bersila atas lantai je, takde meja makan pun. Sambil makan sambil tengok berita.

    Selesai makan, macam biasa lah buat aktiviti suami isteri. Hubby goyang kaki tengok tv. Aku gosok baju kerja untuk esok. Korang ingat aktiviti yang ehemm tu ke? Haha! Hampir pukul 11 malam mata masing-masing pun dah layu. Aku ke bilik air gosok gigi, bersiap untuk tidur. Lepas tu giliran Hubby pulak. Aku capai losyen badan. Biasa la, perempuan sebelum tidur kan.

    Tiba-tiba. Aku perasan ada lebam sebesar penumbuk bayi kat belakang betis saya. Lebam biru merah. Macam bentuk gigitan pun ada. Bila tekan rasa sakit. “Awat kaki sayang?”. Hubby tanya sambil kunci pintu bilik. “Taktau, mcm kena gigit je B..” Aku dok ralit tengok lebam tu. “Mai sini nak tengok jadi lagu mana”. Hubby usap anak betis aku sampai hujung jari kaki 3 kali sambil baca Alfatihah dan 3 Qul.

    Malam tu aku tidur pakai seluar panjang. Takut pulak nak pakai short. Kut satgi hantu gigit lagi! Sambil dok ambik feel nak tidur… Hubby bersuara “Dia dah berani tokak noh.. Nanti sat!”. Aku tak berani nak kata apa. Alih-alih dah terlelap, dengan alunan salakan anjing yang seolah-olah tiada kesudahan. Lebam hantu gigit tu lepas seminggu baru hilang.

    Hari ketujuh. Hari Sabtu. Hari Malas. Dua-dua mereput tengok tv kat rumah. Tv kecik kami takde Astro, kena pakai antenna. Boleh tengok TV3 dan NTV7 je. Roti dan Maggi cup jadi habuan perut hari tu. Lebih kurang pukul 6 petang Hubby ajak keluar. Dia kata member dia Mat WhatsApp ajak pekena teh. Mat tunggu kami dekat gerai berhampiran kawasan pangsapuri rumah sewa dia, tak jauh pun dari rumah kami. Macam-maca cerita kami sembang. Mat ni dah lama menetap di Tanjung Tokong. Dia kata Jalan ****h tu angker.

    “Ampa tau pasaipa anjing dok salak tak berenti kat area rumah ampa dok tu? Bukan anjing pun sebenaqnya. Menatang tu la. Mana ada anjing hari-hari salak tak berenti. Pastu, pandai plak anjing tu salak betui-betui Maghrib sampai ke Subuh.. logik ka tu?”. Gigih si Mat ni bercerita. Ada betul juga teori dia tu.

    “Jalan ****h ni pun satu macam.. banyak banglo lama, yang kosong pun banyak. Kalu tak silap aku ada kawasan kubuq dekat-dekat situ jugak. Cuba ampa pi try ronda”. Sambung Mat lagi. Takpa Mat, terima kasih je lah. Sembang punya sembang, tengok jam dah dekat pukul 9 malam. Kami pun beransur balik ke rumah masing-masing. Sampai je depan rumah, aku rasa seram sejuk. Goosebump orang kata. Ye, anjing masih lagi menyalak. Hubby bukak pintu rumah dan aku ikut rapat belakang Hubby, mata aku dok pandang keliling.

    Tetiba Hubby tempik kuat “HAHH! BERANI HANG MAI!”. Macam nak gugur jantung aku weh!. Hubby terus bukak semua lampu, tingkat bawah dan atas sekali. Saya tak lepas tangan Hubby, takut gila kut! Lepas tu Hubby suruh aku tunggu dalam bilik, dia nak turun bawah. Lepas 15min baru Hubby masuk bilik. Dia kata tadak apa dah, dia dah check kat bawah tadi.

    “Ada apa B.. Saya takut laa..Dak, masa kita nak masuk rumah tadi saya nampak ada bayang hitam besaq dok terpa mai kat kita. Saya terkejut tu yang saya jerkah. Tadak apa dah. Awak tidoq dulu, saya nak Isyak sat”.

    Malam tu kami tidur-tidur ayam je. Masing-masing pasang telinga. Orang kedah kata dok parr dengaq ja kut jadi apa malam tu. Sekali sekala terdengar bunyi kerusi diseret kat bawah. Hari kelapan. Pagi Ahad tu aman je walaupun semalam kena kacau. Aktiviti pagi tu pergi laundry basuh baju. Lepas tu pergi beli barang kat Tesco dan brunch sekali kat situ. Habis makan kami terus balik rumah. Sunyi jugak sebab hari tu tak ada tuisyen.

    “Sunyi kan kat sini B. Dah seminggu kita dok sini kira jiran pun tak nampak lagi la”. Saya dok lipat baju, Hubby dok tengok tv. Petang tu kami bersiap untuk balik Penang. Abah ada pesan jangan duduk rumah tu sorang. Lepas salam Abah dan Mak kami pun gerak balik. Dalam perjalanan balik tu kami buat keputusan, lepas ni balik kerja jumpa kat Tesco dulu, baru balik rumah sama-sama. Kami akan cuba bertahan sebulan lagi dan cari rumah sewa lain secepat mungkin.

    Hari ke-50. Hari-hari terakhir kami di rumah tu. Dekat dua bulan juga la kami dok kat rumah puaka tu. Walaupun dah berubat dengan Abah, kami masih lagi diganggu. Biasalah, gangguan-gangguan cliche ni. Ketuk tingkap, cakar pintu, alih perabot, bayang hitam dan sebagainya. Kami hadap je. Duit dah cukup tapi rumah belum betul-betul confirm lagi. Sebenarnya dah dapat rumah tapi jauh sikit, dekat Bayan Lepas.

    Perjalanan pegi balik kerja akan makan masa sikit. Rumah tu pulak dapat direct owner dan sewa pun berpautan. Puas pikir pros dan cons, akhirnya kami terima je rumah kat Bayan Lepas tu. Memang dah taknak tinggal di rumah Jalan Gajah tu dah. Tunggu masa je nak pindah. Aku bagitahu Madam kami nak pindah. Awalnya dia macam tak berapa suka je sebab tak bagi notis awal. Dia nak kira burn la duit deposit. Selepas sessi pujuk memujuk, Madam kata dia boleh bagi half je deposit tu. Kami pun paham la dia pun tanak rugi kan. Ok la, dari tak dapat lansung.

    “Why you mau pindah?” Tanya Madam. Sudah dapat rumah Madam, so sorry” Aku jawab pendek je. Nanti ada orang lagi mau sewa bilik, you all tak sunyi sangat” Kata Madam lagi. Aku boleh senyum kambing je la.

    Ye la tu ada orang nak sewa. Boleh percaya ke?. Aku ada bertanya kat Madam, rumah ni rumah siapa. Dia cakap dia pun taktau, anak dia beli rumah bank lelong. Dia cakap diorang pun tak pernah stay kat rumah tu. Macam tu kisahnya. Hujung bulan Ogos kami pindah dari rumah puaka tu. Sebelum keluar rumah tu aku terfikir sejenak. Kat mana orang jumpa mayat gantung diri tu, kat bilik maid atau kat bilik store. Wallahualam. Terima kasih korang sebab gigih baca cerita aku yang panjang ni. Aku sekadar berkongsi pengalaman aku menyewa di rumah bekas orang bunuh diri. Sekian. Wassalam.

    Sumber: Azura Che Adnan melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here