Selalu Dengar Bunyi Pelik, Rupanya Ada ‘Benda’ Lain Dalam Rumah!

    307

    Menjadi tanggungjawab kita berusaha dan berikhtiar melindungi diri, ahli keluarga dari gangguan makhluk halus. Menurut perkongsian daripada seorang kawan rapat, beliau yang dikenali Nadrah berkongsi cerita bagaimana dia dan keluarganya diganggu dengan makhluk halus dan jin.

    Menurut Nadrah, keluarganya bukanlah daripada keluarga yang warak tetapi ibadah yang wajib dilaksanakan dengan baik. Nadrah telah berkahwin, dan telah berpindah ke Segamat bersama suaminya. Menurutnya, di rumahnya di kampung, tinggal ibu, ayah dan adik perempuannya yang bongsu. Sesekali Nadrah akan pulang melawat keluarganya di kampung jika suaminya sibuk dengan urusan kerja dan perlu ‘outstation’.

    Ibunya ada belajar mengaji dirumahnya. Ustaz akan datang kerumah ibunya dan beberapa saudaranya. Mereka mengaji secara berkumpulan di rumah mereka. pada setiap malam rabu dan Jumaat. Nadrha yang sedari dia selalu berasa malas dan suka melengahkan waktu solat sekiranya dia pulang kerumah ibunya. Kadangkala dia hendak mengaji pun malas. Nadrah tidak sedar pada mulanya, cuma dia sedari apabila adiknya tanya kepadanya.

    “Kak, kau tak solat ke, setahu aku kau bukannya jenis tinggal solat..” Nadrah yang tersedar terus terfikir dan berasa agak pelik dan hairan. Kerana perasaan itu datang hanya ketika dia dirumah ibunya. Nadrah pernah ditegur, sewaktu itu dia belum berkahwin. Ada seorang sahabat baiknya yang dikenali sebagai Amir, datang menghantar barang kerumahnya. Ketika itu sudah cecah jam 11.40malam. Nadrah ada membela seokaor kucing, setiap malam kucingnya akan tidur dalam sangkar.

    Dia sedari kucingnya dah berlarutan malam asyik mengiaw dengan kuat sekali. Beegitu juga, sewaktu Amir yang datang kerumahnya malam itu. Amir sebenarnya memang belajar dalam bidang islamik ni. Rumah kau ni Nad, ada somthing wrong lah..” Amir berkata. Nadrah yang tidak mengambil serius pasal itu, dia abaikan sahaja apa yang amir katakan. Dan Amir pun tidak ada bercakap pasal hal itu selepas malam itu. Mungkin dia bimbang Nadrah tersinggung.

    Jadi berbalik pada cerita ibu Nadrah yang mengaji setiap Rabu dan Jumaat malam itu. Ustaz yang mengajar ibunya, memanggil ibunya selepas habis kelas mengaji. Ustaz berkata pada ibunya, “Makcik, minta maaf saya cakap ni. Saya harap makcik tak tersinggung..”

    “Apa dia ustaz, bacaan makcik teruk sangat ke ustaz. Tegur je ustaz kalau makcik baca banyak salah.. “Err.. Bukan pasal mengaji makcik. Saya ada benda lain nak cakap pasal rumah makcik ni. Tapi sebelumtu saya nak minta maaf dulu kalau makcik terasa. Tapi rumah makcik ni, macam ada sesuatu yang ‘menginap’ ni..”

    Ibu Nadrah yang terkejut, tanya pada ustaz apa yang ustaz maksudkan dengan ada yang ‘menginap’ dirumahnya. “Rumah makcik ni ada jin. Saya sebenarnya nak tegur daripada hari pertama mengaji lagi, tapi saya tangguhkan dulu sebab saya fikir mungkin sebab saya keletihan. Tapi dah berlarutan sampai ke hari ini. Jadi saya yakin ada sesuatu yang tak kena dengan rumah makcik…”Makcik nak tak saya buatkan air Rukhyah? Nanti makcik “Spray” je satu rumah sambila baca ayat kursi dan 3 qul..”

    Ibu Nadrah yang terkejut bertanyakan,apa jenis benda yang ada dekat rumahnya itu. Rupanya selama ini ada jin yang menumpang dirumah mereka. Menurut ustaz, setiap kali dia datang mengajar. Dia jadi mengantuk yang sampai tahap nak tertidur. Ustaz kata jin ni, dia tak ganggu anak murid tapi dia ganggu gurunya masa mengajar.

    Barulah terungkai segalanya, menurut Nadrah ibunya juga sering juga merasa letih, malas, mengantuk setiap kali masuk waktu solat. Tapi ibunya keraskan hatinya untuk tunaikan solat dan mengaji. Ibunya juga berkata, sanak saudara yang datang kerumah sering kata dan mengadu keadaan rumah ibunya panas semacam. Nadrah juga perasaan keadaan rumah yang panas, sehinggakan walaupun hujan pun masih juga rasa bahang. Dan lagi aneh, bila lepas mandi pun berpeluh-peluh.

    Selesai habis ‘spray’ sebotol air rukhyah yang dibuat oleh ustaz setiap hari. Nadrah yang balik ke rumah ibunya merasakan perbezaan yang sangat ketara berabnding dulu. Dia tidak lagi rasa malas, mengantuk lesu atau bahang. Kucingnya juga dah tidak mengiaw pada setiap malam seperti sebelum ini. Bertanya pada kawan baiknya Amir, menurut Amir ada yang iri hati dengan keluarga Nadrah. Dia menghantar benda agar mengganggu keharmonian keluarga Nadrah. Nadrah bersyukur, kerana tidak ada perkara yang lebih daripda itu yang berlaku.

    Sehingga hari ini, Nadrah dan keluarganya tidak tahu siapa yang iri dengan dia dan keluarga. Dan dia juga berkata ternyata jin dan ‘benda’ itu dah ‘menumpang’ lama diruahnya. Patulah dia sering merasa benda-benda aneh dekat rumahnya. Seperti bunyi cakaran di dinding dan sebagainya. Semoga kita dilindungi oleh Allah SWT daripad has4d dengki manusia. Amin.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here