“Siapa Wanita Tudung Hitam Tu, Wanita Misteri Ke…” Reaksi Sera Buat Ramai Terhibur!

    358

    Sejak semalam tadi, video pelawak terkenal, Shuk Sahar bersama keretanya yang ‘terjun’ ke dalam parit tular di media sosial. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok @afiqazman369 itu, kereta yang dinaiki Shuk terbabas masuk ke dalam parit namun pelawak berkenaan masih lagi mampu berseloroh dan terlihat selamat.

    Susulan daripada itu, komen-komen yang diterima juga agak sinis dengan bertanya doa siapakah yang sudah dimakbul sehingga kemalangan tersebut terjadi. Selain daripada netizen, isteri Shuk juga turut memberi respon dengan memuat naik semula video tersebut berserta komen-komen daripada netizen yang ditingalkan di TikTok @afiqazman396 itu.

    Tak hanya itu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah juga sempat bertanya di ruangan Insta Story siapa wanita yang dilihat memakai tudung hitam di belakang pelawak tersebut dan mengesyaki bahawa ia adalah wanita ‘misteri’ yang tular bersama dengan suaminya tempoh hari.

    Untuk makluman, video kereta yang dinaiki Shuk terbabas masuk ke dalam parit itu tular di media sosial pagi tadi selepas dimuat naik oleh seorang pengguna. Dalam video tersebut, Shuk sempat lagi bergurau ketika ditanya berkenaan kejadian yang berlaku. Difahamkan, kemalangan berkenaan terjadi di Bukit Mertajam merujuk kepada komen yang dibuat orang awam.

    Sumber: TikTok @afiqazman369, Instagram rossa.sera

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here