Wanita Tertinggal Telefon Di Kaunter, Tengok CCTV Tak Sangka Rupanya…

    374

    Setiap orang ada barangan kesayangan yang dibeli dengan hasil usaha keras dan kerja. Sanggup bekerja keras untuk merealisasikan impian sendiri dalam menggapai kehendak diri itu adalah satu usaha yang perlu ada dalam diri kita semua.

    Menerusi perkongsian di laman media sosial twitter, seorang pengguna akaun yang menggunakan nama @tatarowk telah membuat perkongsian satu kejadian dimana di sebuah kedai kek. Menurut wanita terbabit, dia yang makan disitu membuat bayaran di kaunter selepas selesai makan. Dia akui, menggunakan cara bayaran QR pay depan kaunter. Dia akui atas kecuaian sendiri tetapi dia bukan ingin mendakwa sesiapa. Dia berkata, hanya mohon bantuan ramai sekiranya dapat bantunya.

    Menurutnya, dia menyedari telefonnya tiada semasa ingin masuk kereta. Ketika itu dia baru menyedari ketiadaan telefonnya. Dia yang berpatah semula ke kedai kek dan bertanyakan pada salah seorang pekerja disitu untuk melihat CCTV, dan didalam CCTV tersebut jelas kelihatan seorang wanita yang bertudung hijau gelap telah mengambilnya.

    Dia juga berkata, di dalam telefonnya juga ada urusan umrahnya pada ahad ini. Dia yang memohon orang ramai yang mengenali wanita tersebut untuk menghubunginya sekiranya kenal dengan wanita terbabit.

    Menurut @tatarowk dia juga telah membuat laporan di balai polis terdekat. Dia sangat berharap yang dapat kembali telefonnya kerana dia perlukan urusan umrahnya yg disimpan didalam telefonnya. Sekiranya ada sebarang maklumat boleh terus ke twitter @tatarowk untuk info lanjut.

    Sumber: @tatarowk

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here