Arus Terlalu Deras, Abang Viva Terkilan Sebab Sampai Lewaat!

    458

    Khidmat Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar sememangnya banyak disebut-sebut sejak Pantai Timur dilanda banjir. Pemuda berasal dari Melaka itu juga difahamkan sudah berada di Terengganu sejak awal pagi tadi bagi memulakan misi menyelamat penduduk di kawasan terjejas teruk akibat banjir.

    Walau bagaimanapun, menerusi laporan daripada Utusan Malaysia, Abang Viva memaklumkan yang dia masih belum dapat berkhidmat sepenuhnya kerana arus yang sangat deras. Perkara itu sememangnya sangat bahaya kepada bot-bot kecil untuk memasuki kawasan yang terputus jalan darat ketika ini.

    “Saya terkilan lewat sampai kerana di lokasi pertama tadi paras air makin surut dan mangsa-mangsa pun sudah berpindah. Bagaimanapun, di beberapa lokasi lain di daerah ini arus masih lagi deras dan berisiko untuk bot masuk,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Belukar Bukit.

    Menerusi live di Facebook juga, Azwan ada bertanya kepada warganet tentang lokasi mana yang masih memerlukan bantuan kerana dia sendiri tidak mendapat info jelas berkaitan daerah yang dinaiki air. Jadi, dia berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mampu memberitahunya segera memandangkan dia masih berada di Terengganu.

    Dalam laporan berita lagi, Abang Viva menyatakan yang selepas misi di Terengganu selesai, dia dan beberapa rakannya akan bertolak ke Kelantan pula bagi melaksanakan misi yang sama. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada keadaan semasa banjir di sana.

    Untuk makluman, Azwan dan beberapa orang rakannya telah bertolak dari Melaka malam tadi dan selamat sampai ke Terengganu sekitar jam 4.50 pagi dengan menaiki Mitsubishi Triton yang dihadiahkan oleh usahawan kosmetik bulan lalu.

    Sumber: Utusan Malaysia (Noor Hayati Mamat), Facebook Azwan Omar

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here