Bird Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit…

    510

    Bukan setakat rakyat Thailand yang menunggu perkembangan berita kematian Tangmo Nida tetapi boleh dikatakan seluruh Asia bersimpati dengan pengakhiran hidup artis terkenal itu. Paling sedih meratapi kehilangan insan tersayang adalah teman lelaki iaitu Bird yang baru ingin menikmati kebahagiaan selepas tujuh tahun kejar cinta Tangmo. Sejak Tangmo disahkan mati pada 26 Februari lalu, Bird dilihat memuat naik gambar dan video kekasih tercinta setiap hari di Instagram (IG).

    Setiap memori yang dikongsikan itu akan tagged nama IG Tangmo, @melonp.official. Sudah jelas Bird sangat mencintai dan merindui Tangmo biar pun dia tidak berkata. Difahamkan, sebelum ini Bird jarang berkongsikan detik manis mereka di platform media sosial kerana dia bukan selebriti.

    Mo, saya dah buat macam apa yang awak minta, awak minta saya tag awak tiap kali saya post gambar kita. Sebelum ini, saya tak berani tag sebab sedar saya hanya orang biasa dan awak artis. Hari ini saya dah buat seperti yang diminta. Dalam pada itu, menerusi wawancara bersama ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin mendedahkan Bird tidak mempedulikan soal harta selepas tragedi hiba.

    Kata Panida, dengan wajah sedih Bird meminta izin untuk meletak belon di tepi makam kerana Tangmo sukakan belon. Selain itu, Bird juga mengambil bantal peluk, patung, bingkai gambar dan kucing milik Tangmo untuk dijadikan kenangan. Biarpun sudah seminggu lebih berlalu, Bird masih enggan untuk keluar di mana-mana rancangan televisyen ataupun ditemu bual oleh wartawan. Menerusi laporan media tempatan, pihak polis Thailand memaklumkan setakat ini kematian tersebut adalah berpunca daripada kemalangan sehingga siasatan selesai.

    Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

    Sumber: Instagram @stonerbkk, Facebook @MorningNewsTV3, TikTok @hannanajj

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here