Buat2 Senget Mulut Ketika Live, Kaklong 7E Persendaa OKU Pula!

    194

    Nampaknya Kaklong 7E belum serik lagi menjadi mangsa kecaman netizen sejak kebelakangan ini. Setelah isu memarahi pekerja 7E sudah reda, dia kembali menjadi topik utama apabila dipanggil untuk mengisi program terbitan salah satu stesen televisyen Islamik.

    Namun begitu, pihak televisyen telah mengeluarkan kenyataan dengan menangguhkan dulu program berkenaan setelah mendapat kritikan daripada orang ramai. Akan tetapi, nama Kaklong 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sekali lagi hangat menjadi bualan netizen susulan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menunjukkan wanita itu seakan mengejek perwatakan orang kelainan upaya (OKU).

    Video yang dimuatnaik kembali oleh Hafiz Shukri itu telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai memandangkan tindakan yang dilakukan kurang dari 24 jam selepas gambarnya berada di program TV AlHijrah tular. Video tersebut pastinya membuatkan ramai pihak marah lebih-lebih lagi golongan OKU kerana ia disifatkan sebagai biadap kerana berpura-pura bertindak sebegitu ketika menjawab beberapa kecaman daripada netizen.

    ‘Goyang’ dengan kecaman yang diterima kali ini, Kaklong 7E seperti biasa membuat live di ruangan media sosialnya dengan memohon maaf dan menafikan tindakannya yang didakwa mengejek OKU. Dia juga mengakui hanya bergurau dan sama sekali tidak berniat mahu mempersendakan (OKU). Wanita itu akui yang dia terlepas mengambil tindakan sebegitu.

    Kesal dengan apa yang telah dilakukan, dia berulang kali memohon maaf dalam status Facebooknya kerana sedar menjadi kecaman orang ramai lagi. Terdahulu, gambar Kaklong Dungun yang dipanggil oleh setesen televisyen TV Alhijrah telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

    Hal ini susulan gambarnya telah dikongsikan oleh PU Amin di Instagram dengan mamaklumkan yang wanita itu dipanggil untuk mengisi satu program viral terbitan stesen TV tersebut.

    Sumber: Facebook Hafiz Shukri, Wan Nor Baizura, Instagram TV Alhijrah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here