Budak Perempuan Menangis Taknak Balik Rumah Buat Netizen Terhibur

    209

    Dapat kita lihat, anak-anak mula kembali ke sekolah setelah sekian lamanya terperap di rumah dek kerana perintah kawalan pergerakkan (PKP) dilaksanakan. Macam biasa, pelbagai ‘drama’ dan gelagat anak-anak yang dapat kita lihat di hari pertama persekolahan.

    Manakan tidak, biasa ‘berkepit’ dengan mak ayah namun kali ini perlu berdikari sendiri bagi menimba ilmu pengetahuan. Situasi yang sering kita dengar adalah, anak-anak tidak mahu masuk ke dalam kelas, anak-anak nangis bila ibu bapa beredar dan bermacam ragam lagi. Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular kali ini dimana seorang budak perempuan menangis teruk kerana tidak mahu pulang ke rumah mencuri perhatian ramai.

    Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @kiwaktollah, dapat kita lihat seorang ayah mengambil anaknya pulang daripada sekolah dan ianya merupakan hari pertama anaknya bersekolah.

    Pun begitu, anaknya kelihatan menangis dan keluar daripada kereta gara-gara enggan pulang ke rumah malah ayahnya juga bingung mengapa anaknya berkelakuan seperti itu kerana kita sering lihat di media sosial anak-anak menangis enggan pergi ke sekolah namun berbeza pula dengan anak perempuannya yang menangis kerana enggan pulang ke rumah.

    Apa yang lebih melucukan adalah, dia kelihatan merajuk dan berkata ‘taknak kawan’ kepada ayahya sambil tangan memeluk tubuh sendiri menandakan sedang protes. Zaman sekolah dah berubah..nangis taknak balik pulak dah.. nak tinggal dekat sekolah” ujarnya di ruangan kapsyen.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here