Dikecaam Panggil Kak Long 7E Sebagai Tetamu, Stesen TV Tangguh Siaran Program!

    270

    Tindakan stesen televisyen, TV Alhijrah menjemput wanita yang dikenali sebagai Kak Long ke satu program mengundang pelbagai reaksi netizen. Mana tidaknya, Kak Long sebelum ini pernah viral dengan video memarahi pekerja kedai serbaneka dan pekerja restoran makanan segera, KFC. mNetizen menganggap ada ramai lagi tetamu dan topik berilmiah yang boleh diketengahkan stesen TV tersebut.

    Terbaru, menerusi satu kenyataan media, TV Alhijrah memaklumkan program ‘Trending’ yang menjemput Kak Long sebagai tetamu akan ditangguhkan. Keputusan diambil selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus.

    Pihaknya juga menjelaskan bahawa program Trending merupakan rancangan yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial. Kehadiran Kak Long juga disertai dengan Ustazah Isfadiah sebagai panel untuk memberi teguran dan pengajaran kepada Kak Long agar lebih bertanggungjawab apabila menggunakan media sosial.

    Pihaknya bagaimanapun berterima kasih di atas teguran penonton dan akan berusaha meningkatkan mutu kandungan.

    Kredit: TV Alhijrah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here