Dua Artis Ini Bakal Kena Hukumann Gantunng

    382

    Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan hukuman lebih parah iaitu gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan akibat memiliki pelbagai jenis dadah.

    Terdahulu, kes mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapi penyampai radio, Isma Halil Hamzah, 49, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

    Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

    Isma Halil mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah Tinggi di sini, Februari lalu.

    Terkini, pada Khamis lalu (24 Mac), seorang penyanyi nasyid lelaki ditahan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini dan pemeriksaan menemui 17 batang pokok ganja di rumah berkenaan.

    Dia yang juga komposer turut disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 6B ADB 1952.

    Ketika diminta mengulas isu selebriti dalam industri hiburan yang terkait dengan isu siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 ini, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez berkata, semua itu perlu diserahkan kepada mahkamah untuk membuat penghakiman.

    “Kita pun tidak tahu sama ada ia digunakan untuk diri sendiri atau diedar. Ia masih perlu disiasat dan disahkan oleh pihak berkuasa.

    “Tidak adil jika kita terus menjatuhi hukuman terhadap mana-mana selebriti yang ditahan sedangkan siasatan atau perbicaraan masih berjalan,” katanya.

    Pada masa sama, Freddie turut menggesa mana-mana artis yang masih terbabit dengan dadah supaya meninggalkan tabiat itu.

    Freddie turut meminta mana-mana artis yang mahu meninggalkan tabiat menghisap dadah, namun sukar melakukannya supaya bertemu pihaknya.

    Katanya, Karyawan akan berusaha untuk membantu dengan mendapatkan mana-mana pusat pemulihan dengan syarat, artis terbabit memang mahu berhenti menghisap dadah.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here