Gara-Gara Diet Cecair, Lidah Lelaki Bertukar Warna Hitam Dan…

    215

    Gara-gar4 menjalani diet cecair, lidah seorang lelaki bertukar warna hitam dan ditumbuhi bulu. Lelaki berusia dalam lingkungan 50 tahun itu berdepan dengan situasi di mana lapisan tebal kulit mati dan bakteri4 tumbuh di lidahnya.

    Menerusi laporan Daily Star, ia berlaku sewaktu lelaki tersebut menjalani diet makanan campuran dan sup selama dua bulan. Menurut doktor, keadaan tersebut dipanggil ‘lingua villosa nigra’ dan ianya sering berlaku dan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Tambah doktor, penjagaan kebersihan mulut yang tidak baik, merokok, penggunaan ubat kumur yang kuat dan pengambilan beberapa antibiotik juga boleh dikatakan punca lidah menjadi sebegitu.

    Ini termasuk pengambilan makanan yang lembut sahaja kerana makanan lebih keras dapat mengikis sel mati dari lidah semasa makan. Menurut Akademi Perubatan Oral Amerika , 13 peratus orang dewasa mengalami lidah berbulu hitam pada satu masa dalam hidup mereka. Kebiasaannya, pesakit akan berasa terbakar, geli di bahagian lidah, loya serta nafas berbau.

    Sumber: Daily Star

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here