Hanya 8 Rakaat Saja ‘Digalakkan’ Untuk Solat Tarawih Tahun Ni?

    114

    Dalam masa 30 hari saja lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Pada tahun ini, umat Islam mungkin akan digalakkan untuk menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah dengan hanya lapan rakaat berbanding 20 rakaat.

    Menerusi laporan Kosmo, menunaikan solat sunat tarawih sebanyak lapan rakaat merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) yang dibayangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana bimbang akan penularan varian Omicron yang semakin meningkat pada masa ini.

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee menyatakan perkara itu masih belum dimuktamadkan dan tertakluk pada ketetapan syarat yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    Mungkin setakat lapan rakaat sahaja tetapi SOP ini belum dimuktamadkan lagi dan akan diumumkan dalam masa terdekat sebelum menjelang awal Ramadan bulan depan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana pada tahun lepas, Arab Saudi juga turut mengarahkan solat tarawih hanya ditunaikan lapan rakaat untuk mengelak dari terkena jangkitan Covid-19 sesama jemaah.

    Sirajuddin juga mengingatkan umat Islam untuk tidak bergaduh sesama sendiri akan isu bilangan solat tarawih ini kerana ia bukanlah satu kesalahan untuk mendirikan solat dengan lapan rakaat.

    Apa yang penting ialah berpuasa siang hari sebab itu perkara fardu pada Ramadan manakala solat tarawih pula sunat dituntut bagi memperbanyakkan ibadah sebelah malam. Semoga kita semua dapat menyambut bulan Ramadhan dengan tenang dan selamat. Semoga penularan wabak Covid-19 ini dapat hilang dengan segera dan kita dapat menunaikan semua ibadah dengan tenang dan sempurna.

    Kredit: Kosmo

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here