Kaklong Minta Maaf, Kedai Jelaskan Anak Tak Mencuri & Tiada Barang Hilaang

    399

    Selepas insiden mengamuk di sebuah kedai serbaneka susulan berang anaknya ditudvh mencuri, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Kaklong telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua di Facebooknya.

    Menerusi video yang berdurasi lebih dari 30 minit itu, wanita berkenaan memaklumkan yang tindakannya semalam adalah kerana tidak dapat menerima anaknya dituduh ‘panjang tangan’. Namun begitu, dia akui apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah S.W.T

    Selain daripada itu, wanita yang juga merupakan peniaga produk kosmetik turut menjelaskan mahu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai serbaneka tersebut bagi memastikan anaknya benar-benar tidak bersalah. Selepas live di Facebook itu, wanita berkenaan memaklumkan yang kes telah dianggap selesai dan staf di kedai tersebut menjelaskan tiada barang pun yang hilang.

    Dalam pada itu, dia juga sempat memberikan amar4n kepada mereka yang memuat naik kembali video amukannya di laman sosial supaya berhenti melakukan hal tersebut. ‘Kaklong’ dengan teg4s menyatakan yang dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika masih ada netizen yang menyebarkan rakaman video semasa dia membuat live memarahi staf kedai serbaneka semalam.

    Terdahulu, video seorang wanita mengamvk kerana beng4ng anaknya ditudvh mencuri telah tular di media sosial. Mana tidaknya, cara dia ‘menyer4ng’ staf kedai tersebut begitu lantang sehingga tidak memberi ruang langsung kepada para pekerja memjelaskan hal sebenar.

    Lebih membuatkan netizen meluat adalah tindakannya yang membuat live di Facebook terlebih dahulu sebelum mula memarahi staf di kedai itu disamping perilaku anaknya yang membuang-buang barang di kaunter kedai berkenaan.

    Sumber: Facebook, TikTok @kepekpisangg

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here