Kronologi Pemergian Adik Qurbani Azhar Yang Di Puukul Pelajar Senior!

    340

    Seorang kanak-kanak 11 tahun, Muhammad Hafdan Qurbani Azhar maut dipercayai dipukul pelajar senior gara-gara wang RM4. Menurut laporan Utusan, keluarga mangsa iaitu Faridah Latif mendedahkan perangai arwah yang tidak berkira dengan rakan-rakan.

    Kongsi Faridah, arwah pernah bercerita kepada ibunya mengenai rakan-rakan yang berhutang namun ibunya sering meminta arwah supaya tidak berkira dan menghalalkan sahaja hutang itu. Sejak itu arwah sering memberitahu dia menghalalkan semua hutang rakannya kerana dia mahu bantu rakannya dan masuk ke syurga.

    Faridah berkata walaupun dia cumalah ibu saudara angkat arwah tetapi hubungan mereka sangat mesra. Arwah memanggilnya dengan gelaran ‘mama’. Kami sering berjumpa setiap kali saya pulang ke rumah ibu angkat yang merupakan nenek arwah di Kampung Gelugor.

    Arwah sentiasa menceriakan suasana dan bila dia tak ada ini, memang akan terasa sangat kehilangannya. Faridah juga sangat terkilan dan menyifatkan tuduhan arwah mencuri RM4 adalah tidak logik. Mangsa difahamkan mula dihantar ke kompleks rumah anak yatim dan miskin yang terletak di Kuantan Pahang itu sejak setahun lalu bagi mendapatkan pengajian agama.

    Arwah dihantar untuk memulakan sesi baharu pengajian pada Khamis minggu lalu dan meninggal dunia dipercayai dibelasah pelajar senior pada Ahad.

    Kredit: Utusan

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here