Langgar Lembu Tengah ‘Highway’, Dua Pegawai TLDM Dilapor!

    253

    Dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka langgar seekor lembu, lapor Utusan. Dalam kejadian pada pukul 3.15 pagi semalam, kenderaan pacuan empat roda mereka melanggar lembu di Kilometer 249.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berhampiran Senawang.

    Memetik laporan Utusan, Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) telah menerima maklumat berlaku kejadian kemalangan di lokasi tersebut.

    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku semasa kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Kulai ke Kem TLDM Lumut.

    Mereka memandu di lorong kanan dan telah terlanggar seekor lembu yang berada dalam laluan kenderaan itu. “Perlanggaran telah menyebabkan kenderaan jenis Ford Ranger itu berpusing dan berhenti di lorong kiri. Kejadian menyebabkan kecederaan ringan.

    “Ketika kejadian permukaan jalan adalah lurus dan cuaca baik manakala keadaan gelap dan tiada lampu jalan,” katanya.

    Dalam pada itu, video kejadian langgar lembu yang dirakam oleh dash cam kenderaan itu telah tular di media sosial sejak semalam. Sehingga kini, ianya telah mendapat tontonan sebanyak 3 juta kali di TikTok.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here