Muncul Dengan Imej Baru, Isteri Yonnyboii Jadi Perhatian Ramai!

    317

    Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira dikatakan tidak lagi memakai hijab sepenuhnya. Menurut finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) ini, isterinya memang bertudung secara ‘casually’ pun sebelum ini.

    Kata penyanyi ini lagi, di media sosial isteri mengenakan bertudung tetapi apabila keluar ada masanya isteri memakai hijab dan ada kalanya tidak.

    Terbaru, pasangan ini dilihat buat pertama kali tampil ke karpet merah dengan imej terbaru. Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin bolos ke pentas akhir AJL 36 menerusi lagu ciptaannya sendiri berjudul ‘Salahku’ yang memperoleh 16 juta tontonan di YouTube sejak mula dimuat naik.

    Penampilan itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Menerusi sebuah hantaran yang dibuat TV3 Malaysia di TikTok, netizen membanjiri ruangan komen mendakwa Nik Nazira yang merupakan seorang influencer itu lebih cantik berhijab.

    Tak kurang juga yang memohon netizen supaya berhenti mengkritik sebaliknya mendoakan yang baik-baik buat orang lain. Katanya cukuplah sekadar menegur tanpa perlu mengungkit perkara yang lepas.

    Kredit: Instagram Nik Nazira | TikTok TV3 Malaysia

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here