Nak Habiskan Masa Hidup Beribadah Dengan Tenang, Ayah ‘Decide’ Tinggal Di Mekah!

    150

    Di TikTok viral perkongsian video memaparkan seorang anak menghantar ayah menunaikan umrah di Mekah. Namun apa yang menarik perhatian adalah ayahnya mengambil keputusan untuk terus menetap menghabiskan sisa hidup di sana.

    Menurut si anak yang dikenali sebagai Leesa, ayahnya berbuat demikian selepas ibunya meninggal dunia. Ayahnya juga enggan berkahwin lain dan ingin beribadat dengan tenang.

    Dalam masa sehari selepas dimuat naik, video perpisahan ini telah meraih lebih 2 juta tontotan. Pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen mengenai hal itu. Rata-rata turut gembira dan mendoakan semoga si bapa sentiasa dilindungi.

    Sebagai seorang anak, Leesa dan adik beradiknya ikhlas asalkan ayahnya bahagia. Dia juga mengucapkan terima kasih di atas segala pengorbanan ayah membesarkan mereka selama ini.

    Sumber: TikTok Leesa Ridzki

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here