Pemergian Tangmo Nida Terjawab, Tapi Ramai Tak Sangka Itu Yang Terjadi!

    990

    Misteri kematian pelakon Nida Patcharaveerapong atau dikenali sebagai Tangmo Nida terjawab apabila polis mengesahkan pelakon itu meningg4l dunia akib4t lem4s. Thai PBS World melaporkan, Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumichit, berkongsi perkembangan kes kemati4n pelakon itu menerusi sidang media, Selasa lalu.

    Menurut Jirapat, Nida mengalami luk4 dalam pada kaki kiri mangs4 mungkin disebabkan oleh kip4s bot tetapi forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada pelakon itu terjatvh dari bot, atau ditol4k.

    Beliau turut mendedahkan polis meneliti kenyataan lima rakan yang berada di atas bot yang sama dengan Nida. “Setakat ini, mereka menyerahkan pakaian yang mereka pakai pada malam itu, sudah menjalani pemeriksaan fizikal dan menyediakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk analisis forensik,”katanya.

    Berhubung luka dan lebam yang ditemui pada leng4n dan bahu salah seorang daripada lima rakan Nida di dalam bot bersamanya, dikenali sebagai Job, doktor yang menjalankan pemeriksaan memberitahu media bahawa ia berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari dan bukan disebabkan cakar4n kukv jari. Seorang doktor pada sidang media berkata bahawa dia tidak bertanya bagaimana lelaki itu mendapat kecedera4n, namun percaya bahawa ia disebabkan oleh objek ker4s dan bukan pergaduh4n.

    Jirapat berkata bahawa penyiasat polis sudah memeriksa sistem navigasi GPS pada bot dan mendapatkan butiran perjalanan kapal termasuk kelajuan pelayarannya pada malam tragedi Khamis minggu lalu itu. Pakar patologi di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis memberitahu media bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Nida sudah membuang air kecil sebelum dia lemas, seperti yang didakwa rakan-rakannya, kerana mayat sudah di dalam air untuk waktu yang lama.

    Pakar forensik, Prof Madya Dr Werasak Charaschaisri memberitahu PBS Thai bahawa luk4 dalam pada kaki mangs4 mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi masih belum didedahkan sama ada luk4 itu, sebelum atau selepas bedah siasat. Mengenai pasir yang terdapat di dalam parv-parv Nida, Dr Werasak menjelaskan dia masih bernaf4s ketika terjatvh ke dalam sungai .

    Katanya, ia kerana pasir boleh masuk ke dalam paru-paru ketika lemas, dan arus di Sungai Chao Phraya menyebabkan pasir boleh terampai di dalam air. Oleh itu, mangsa tidak perlu tenggelam ke dasar sungai untuk pasir masuk ke dalam parv-parvnya. Sementara itu, ramai penduduk tempatan meletakkan bunga di Jeti Pibulsongkram di wilayah Nonthaburi, hari ini, bagi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon berkenaan.

    Sumber: Harian Metro

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here