Pengurus 7 Eleven Kongsi Cerita Sebenar, Mohon Henti Kecam Ibu Kanak-Kanak Viral!

    132

    Hari ini kecoh diperkatakan mengenai video viral memaparkan seorang wanita mengamuk di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak dituduh mencuri. Wanita itu walau bagaimanapun mengakui berlaku kesilapan dan telah memohon maaf dengan staf terlibat. Terbaru, wakil daripada 7-Eleven Malaysia tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

    Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, lelaki itu berkata anak kepada wanita itu telah datang ke kedainya bersama tiga orang rakan. Tiba-tiba rakannya memberitahu pekerja kedai bahawa kanak-kanak itu telah mencuri.

    Untuk mendapatkan kepastian, pekerja kedai bertanya kanak-kanak itu ‘betul ke adik mencuri? Dipercayai berasa takut, kanak-kanak itu menangis dan berlari keluar. Bagaimanapun, setelah membuat semakan kamera litar tertutup (CCTV), pihaknya mendapati adik tersebut tidak mencuri dan tiada barang hilang.

    Pekerja kedai dan ibu adik itu telah pun bermaaf-maafan dan pihaknya merayu orang ramai berhenti melemparkan kecaman.

    Kredit: TikTok @7elevenmalaysia_official

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here