Rakan Mendiang Nida Gugup Bila Polis Suruh Lakon Semula Kejadian…

    357

    Salah seorang kepada pelakong Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong, yang ditemui mati lemas dipercayai selepas terjatuh daripada bot laju dipanggil semula untuk melakonkan apa yang berlaku di tempat kejadia.

    Rakan-rakan yang berada bersama Nida dalam bot ketika kejadian mendakwa, mendiang terjatuh ketika mahu membuang air kecil di bahagian belakang bot. Bagaimanapun dakwaan itu disangkal oleh ibu mendiang yang memberitahu bahawa mendiang ketika kejadian memakai pakaian renang, jadi mustahil untuk dia membuang air kecil ketika itu.

    Justeru, bagi mengesahkan dakwaan itu, pihak polis telah meminta salah seorang rakan mendiang, yang hanya dikenali sebagai Sand untuk melakonkan semula situasi bagaimana Nida terjatuh. Bagaimanapun, menurut laporan media, Sand kelihatan gugup dan mendakwa tidak begitu ingat apa yang berlaku ketika itu.

    Namun begitu, Sand dilapor akhirnya bersetuju untuk melakonkan semula apa yang berlaku. Dia dipakaikan dengan baju renang dan jaket keselematan, sama seperti yang dipakai oleh mendiang ketika kejadian malang itu berlaku.

    Polis kemudian membawa Sand menaiki bot dan membawanya ke lokasi dimana dia dan rakan-rakan lain dakw4 mendi4ng jatuh. Sand turut melakonkan situasi dimana mendiang pergi ke belakang bot, membuka kaki untuk kencing dan jatuh ke dalam air.

    Berikutan pelbagai dakwaan yang timbul, polis juga mengesahkan bahawa kelima-lima rakan mangsa ketika kejadian berlaku turut akan dipanggil untuk menjalani ujian pengesanan penipuan. Selain itu, tiga orang nelayan yang mendakw4 melihat bot dinaiki mangs4 pada malam kejadian juga akan dipanggil untuk membantu siasatan.

    Sumber: Thaiger

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here