Ramai ‘Puas Hati’ Tengok Rakan Baik Tangmo Nida Tunjal Kepala Kratik

    871

    Sudah tiga hari berlangsungnya upacara pemakaman mendiang pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida yang berlangsung 12 Mac hingga 14 Mac lalu. Upacara berkenaan diadakan di Gereja Liberty Bangkok, Thailand.

    Ketika upacara berkenaan, pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik juga kelihatan hadir untuk memberi penghormatan terakhir buat mendiang majikannya itu.

    Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Hannana, memaparkan ‘babak’ yang membuatkan ramai netizen berpuas hati kerana kepala Kratik ditunjal oleh salah seorang rakan baik Tangmo

    Kratik dimarahai oleh sahabat Tangmo ketika upacara pemakaman hari terakhir Tangmo hari ini. Di dalam video berkenaan turut memperlihatkan individu tersebut ‘menolak’ kepala Kratik dengan menggunakan jarinya sambil memarahinya.Kratik dilihat seperti ingin mempertahankan dirinya selepas dimarahi oleh rakan baik Tangmo.

    Difahamkan, upacara pembakaran mayat selebriti terkenal itu yang sepatutnya dilakukan hari ini ditunda secara rasmi kerana ibu Tangmo mengarahkan pihak forensik untuk melakukan bedah siasat untuk kali kedua. Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 29 saat itu meraih lebih tiga juta tontonan dan mendapat lebih 295 ribu tanda suka di TikTok.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan rakan baik Tangmo itu. Malah ada juga di antara mereka berharap agar ada keadilan terhadap kes kematian Tangmo.

    Sumber : hannanajj

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here