Ramai Puji Intan Salleh Makin Cantik, ‘Baby Bump’ Dah Nampak!

    267

    Awal Februari lalu, video sambutan hari lahir suami yang dikongsikan oleh selebriti media sosial, Intan Salleh ternyata mendapat perhatian wargamaya bila mana dilihat ujian kehamilan yang turut dikongsikan Intan sebagai kejutan buat suaminya. Pun begitu, Intan mengakui biarpun keputusan alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif, namun dia hanya dapat mengesahkan perkara itu selepas bertemu doktor.

    Katanya, masih terlalu awal untuk berkongsi khabar gembira tersebut kepada umum selain akan sedia memaklumkan apabila sudah mendapatkan kepastian daripada pakar. Namun dua keping gambar yang dimuat naik oleh Intan semalam di Instagramnya ketika bercuti bersama keluarga jelas menjawab segala persoalan.

    Namun bukan kapsyen yang menjadi perhatian, sebaliknya baby bump ibu kepada dua cahaya mata ini yang menarik perhatian semua malah terlihat dengan jelas. Biarpun tidak ada pengakuan atau pengumuman yang dikongsikan ibu cantik manis ini, namun sekeping gambar menjawab segalanya. Rata-rata seluruh pengikut Intan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan kebahagian Intan selepas melalui waktu-waktu yang suram suatu ketika dahulu. Malah turut mendoakan agar kandungan Intan dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.

    Semoga yang baik-baik sahaja untuk Intan dan keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan hingga detik melahirkan kelak. Tahniah Intan! Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga bersama suaminya Aizam Yahya pada 21 Disember lalu selepas melalui detik hiba, akibat kegagalan rumah tangganya bersama suaminya yang terdahulu.

    Sumber: Pa Ma

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here