Ramai Persoalkan TV AlHijrah Jemput Kak Long 7E, Ini Penjelasan Mereka!

    182

    Stesen televisyen TV AlHijrah tampil menjelaskan berhubung kehadiran ‘Kak Long 7E’ yang menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rakaman program terbitannya, baru-baru ini. Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, TV AlHijrah berkata program tersebut adalah sebuah program bual bicara yang membincangkan pelbagai isu terkini yang tular di platform media sosial.

    “Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran…

    “…serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,” katanya. Selain itu, pihaknya juga mengambil keputusan untuk menangguhkan siaran episod berkenaan selain mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diberikan oleh orang ramai.

    “Terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan agar lebih bermanfaat,” ujarnya lagi.

    Terdahulu, stesen televisyen tersebut menerima kecaman netizen kerana menampilkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura yang pernah memarahi seorang pekerja kedai serbaneka 7 Eleven akibat anak lelakinya dituduh mencuri.

    Kecaman tercetus apabila pendakwah bebas PU Amin memuat naik foto bersama kedua-dua tetamu jemputan di Facebook bagi tujuan mempromosikan program tersebut.

    Sumber: Facebook TV Alhijrah & Zuan Ishmael , Twitter @RafiCounsel

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here