Tak Jadi Kahwin Lepas Tahu Pengantin Lelaki Botak…

    183

    Sebuah majlis perkahwinan di India tidak dapat diteruskan apabila pengantin perempuan bertindak melarikan diri setelah melihat bakal suaminya tidak mempunyai rambut.

    Pada awalnya, majlis perkahwinan yang diaturkan keluarga itu dikatakan berlangsung dengan lancar sebelum pengantin perempuan menyedari ‘kelainan’ pada kepala bakal suaminya itu.

    Lelaki berkenaan dilihat memakai memakai hiasan tradisional di kepalanya dengan terlalu banyak ketika perarakan pertukaran kalungan bunga dilakukan antara kedua-dua pengantin. Sangsi dengan keadaan tersebut, wanita berkenaan dilaporkan bersemuka dengan pengantin lelaki dan bertanya mengenai rambut pada kepalanya.

    Apabila lelaki berkenaan mengesahkan dirinya botak, wanita itu terus pengsan di tempat kejadian dan enggan meneruskan perkahwinan setelah sedar.

    Keluarga wanita itu cuba memujuknya namun gagal, sekaligus menimbulkan rasa berang keluarga pengantin lelaki kerana merasa dimalukan di dalam majlis berkenaan.

    Pihak pengantin lelaki kemudiannya dituduh menipu pihak pengantin perempuan dengan tidak mendedahkan keadaan rambutnya yang sebenar. Menurut polis, kedua-dua pihak bertindak memfailkan aduan terhadap satu sama lain dengan mendakwa bahawa mereka telah ditipu. Namun akhirnya, aduan itu ditarik semula.

    “Kemudian kedua-dua pihak menarik balik aduan masing-masing dan menyelesaikan isu tersebut antara mereka,” kata jurucakap polis.

    Sumber: Oddity Central

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here