Tunjuk Lagak Tengah Jalan, Lelaki ‘Terciduk’ Driver Wanita Bawa Jumpa Abang Polis!

    272

    Adat memandu di jalan raya adalah tolak ansur sesama pemandu kenderaan yang lain. Jika berlaku sebarang kemalangan kecil ataupun salah faham ketika mengubah laluan, sepatutnya kedua-dua pihak menyelesaikannya dengan cara yang baik kerana negara kita masih mempunyai undang-undang.

    Perangai baran ataupun gangster perlulah disimpan seketika kerana ia pasti akan merugikan salah satu atau kedua-dua pihak tersebut. Hal ini samalah seperti perkongsian yang tular di media sosial dan dimuat naik kembali akaun Twitter MALAYSIA MOST VIRALL apabila memuat naik video perilaku pemandu lori yang sakan menunjuk lagak kepada pemandu wanita yang menaiki Perodua Myvi di tengah jalan.

    Apa yang membuatkan warganet berpuas hati adalah tindakan pemandu wanita itu yang memasang ‘perangkap’ dengan terus memandu ke arah sekatan jalan raya yang mana terdapat anggota polis yang sedang bertugas.

    Pemandu lori yang mengikutinya dari arah belakang nyata tidak dapat berbuat apa-apa setelah pemandu Perodua Myvi itu mengadu perihal insiden yang terjadi dan pihak berkuasa segera menahan lori berkenaan untuk disiasat.

    Sumber: Twitter MALAYSIA MOST VIRALL

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here