Video Lama KFC ‘Dibongkarr’, Kaklong Menangis Tak sangka!

    540

    Sejak semalam, video seorang wanita mengamuk dan membuat live FB di kedai serbaneka telah tular di media sosial. Selepas teruk dikecam netizen berikutan tindakannya yang dilihat kurang bijak, wanita yang membahasakan dirinya kaklong telah tampil membuat permohonan maaf.

    Dia telah bersemuka dengan staf-staf kedai serbaneka tersebut dan meminta maaf. Pihak pengurusan kedai berkenaan juga telah memaklumkan yang masing-masing sudah berdamai serta mengesahkan anak kepada wanita tersebut tidak mencuri. Walau bagaimanapun, sejak isu tersebut viral di media sosial, tentera bawang negara telah membuat gerak kerja dengan membongkar semula video lama wanita itu yang pernah memarahi staf restoran makanan segera dengan pelbagai kata-kata tidak enak didengar.

    Dia yang membebel kepada staf restoran tersebut kerana minumannya tidak mempunyai ais membuatkan ramai netizen berasa bengang dengan sifat yang suka mencari masalah itu. Video tersebut juga telah dikongsikan semula oleh akaun TikTok milik @papa_.com dan Twitter @fatiniqaaa sehingga mendapat pelbagai komen kecaman daripada netizen.

    Namun, setelah teruk dikecam sekali lagi, peniaga produk kosmetik itu telah membuat live di Facebook dengan mengakui kesal terhadap apa yang sudah terjadi. Dia juga sedih kerana masih ada netizen yang ‘membongkar’ video-video lamanya hanya disebabkan dia mengamuk di kedai serbaneka itu tular.

    Menerusi kapsyen yang disertakan, dia meminta agar diberi sekali lagi peluang kerana apa yang berlaku boleh menutup periuk nasinya sendiri. Walau bagaimanapun, dia tidak bercadang untuk meminta maaf kepada staf restoran makanan segera itu kerana ketika membuat live dia langsung tidak menunjukan wajah pekerja tersebut.

    Untuk makluman, video dia membebel di restoran makanan segera itu adalah video lama dan bukan terjadi selepas insiden di kedai serbaneka tempoh hari. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi sorotan ramai adalah perilaku anaknya yang kuat menyampuk dan bercakap kasar.

    Menerusi live di Facebook tengahari tadi, kaklong menyedari perkara itu dan berharap agar ada pihak yang sudi tampil untuk membantunya mendidik kanak-kanak berkenaan supaya lebih sopan serta menghormati orang lain.

    Sumber: TikTok @papa_.com, Twitter fatiniqaaa, Facebook

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here