Bapa ‘Bungkus’ Mainan Satu Badan Demi Anak, Dipuji Netizen!

    90

    Anak-anak itu merupakan hadiah paling bermakna yang hadir dalam hidup insan bergelar ibu dan bapa. Setiap ibu pasti akan berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan anak-anak mereka tanpa kenal erti penat lelah.

    Itulah tindakan yang dilakukan oleh seorang lelaki menerusi video yang tular di TikTok semalam. Menerusi video perkongsian mismar25, difahamkan lelaki berkenaan membeli sebuah kenderaan mainan elektrik bersaiz besar untuk dihadiahkan kepada anaknya.

    Dapat dilihat, meskipun lelaki tersebut hadir dengan hanya menaiki motosikal, namun dia berusaha sedaya upaya untuk mengangkut kereta mainan buat anaknya itu dengan membalut satu badannya bersama mainan tersebut dengan menggunakan selotep.

    Tindakan lelaki itu menimbulkan rasa kagum dan sebak dalam kalangan netizen. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka kagum dan memuji tindakan lelaki tersebut dalam berusaha untuk menggembirakan anaknya.

    Kredit: TikTok mismar25

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here