Bengang Anak Kena Tammpar, Bapa Hemmpas Budak Darjah 3 Hingga…

    1148

    Sejak semalam tular di media sosial berkenaan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang bapa pelajar darjah tiga apabila mendakwa anaknya telah dipukul oleh bapa kepada rakan satu sekolah.

    Tindakan yang dilakukan suspek merupakan respon kepada aduan anaknya apabila mengadu dilempang oleh mangsa selepas berlaku pertikaman lidah sewaktu di sekolah. Hal tersebut diceritakan sendiri oleh ibu saudara kepada mangsa dikenali Eaien Omaa apabila memuat naik keadaan anak buahnya serta laporan polis yang telah dibuat.

    Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, apabila memaklumkan menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di salah sebuah sekolah rendah di Chendering. Beliau memberitahu yang pada awalnya dua orang pelajar darjah 3 telah bermain bersama sebelum berlaku perselisihan faham.

    “Rakan sekelas mangsa kemudianya mengadu dia telah ditampar kepada bapa yang tiba untuk mengambilnya tidak lama kemudian. Mendengar aduan anaknya, lelaki itu naik berang lalu mencekik sebelum menghempas mangsa ke tanah sehingga menyebabkan kepala kanak-kanak itu mengalami luka dipercayai akibat terkena batu,” katanya.

    Susulan itu, bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan insiden tersebut kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Chendering. Kanak-kanak berusia 9 tahun itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” jelas Abdul Rahim lagi. Terdahulu, posting yang dibuat oleh ibu saudara mangsa telah dikongsikan semula laman Twitter Malaysia Most Virall dan mendapat perhatian ramai.

    Rata-rata mereka telah meninggalkan komen yang pelbagai dan kebanyakkan menyalahkan tindakan kasar suspek sehingga mencederakan anak kecil.

    Sumber: Kosmo! (Mohd Azli Adlan), Facebook Eaien Omaa, Twitter Malaysia Most Virall

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here