Bergaya Pakai Bandana, Netizen Tegur Ameera Khan ‘On Off’ Tampil Berhijab

    252

    Nama Ameera Khan rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Selebriti media sosial ini juga turut mempunyai pengikut tersendiri apabila Instagramnya diikuti lebih dari sejuta followers.

    Adik kepada selebriti Neelofa ini juga dilihat sedang aktif dalam dunia peragaan memandangkan pelbagai jenama mewah menjadikannya sebagai salah seorang model yang menggunakan produk mereka. Namun begitu, penampilan Ameera kerap kali menjadi sorotan kerana dia sudah beberapa kali bertukar-tukar gaya lebih-lebih lagi berkenaan pemakaian hijab.

    Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbarunya yang menampilkan diri memakai bandana bagi menggantikan tudung, ramai yang mulai tertanya-tanya apakah dia memakai hijab ataupun tidak kerana terlihat berbeza dengan penampilannya sebelum ini.

    Namun begitu, ada juga netizen yang berlapang dada dengan mendoakan agar Ameera mendapat hidayah dan kembali memakai tudung memandangkan kakaknya, Neelofa cantik berhijab. Ada diantara mereka turut memuji penampilan Ameera yang jarang mengecewakan kerana penampilannya yang cukup cantik.

    Sumber: Instagram littlemiskhan

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here