Daiyan Trisha Mohon Maaf, Berangkat Ke Tanah Suci Bersama Keluarga!

    175

    Suasana Ramadan kali ini pasti berbeza buat penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha apabila berangkat ke Tanah Suci, Makkah bagi menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya. Perkara tersebut dimaklumkan penyanyi berusia 29 tahun itu menerusi posting gambar di laman Instagram dan InstaStory miliknya sebenar tadi.

    Menerusi posting berkenaan, pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia itu dengan merendah diri memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap serta mendoakan agar segala urusan ibadah dipermudahkan.

    “Assalamualaikum everyone. I’m about to perform umrah with my family. I humbly request your prayers for us for a safe, successful and blessed pilgrimage. Selamat pergi dan selamat balik, amin. I would also like to seek forgiveness for my wrongdoings. Semoga semua sentiasa dalam lindungan-Nya, dan semoga doa kalian dimakbulkan jua insya-Allah,” tulisnya.

    Gambar yang dimuat naik itu memperlihatkan Daiyan mengenakan tudung dan hijab serba putih selain bersama ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Terdahulu, Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin sering menerima kecaman netizen gara-gara fesyen digayakan yang dikatakan agak berani dan seksi.

    Sumber: Instagram Daiyan Trisha

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here